|
 
Nama Saintifik :
Panthera tigris corbetti
Klasifikasi :
Order : Karnivora
Keluarga : Felidae
Huraian :
Harimau Belang merupakan binatang yang hidup bersendirian di kawasan
jajahannya yang pelbagai saiz. Jangka masa mengandung adalah lebih
kurang 3 ½ bulan dan jangka hayatnya
selama 20 tahun ke atas.
Kelakuan :
Kebiasannya, Harimau Belang akan berehat di siang hari dan memburu
di sebelah petang. Mangsa utamanya adalah babi hutan di samping
rusa ubi, kijang, ayam hutan, tikus, serangga dan sebagainya. Harimau
gemar bermain dan berenang di dalam air.
Sekeluarga dengan :
Singa, Harimau Kumbang dan Kucing.
Habitat :
Pelbagai jenis hutan.
|