Dibuka setiap hari sepanjang tahun termasuk hari Ahad dan cuti am.


8.30 pagi sehingga 6.00 petang


 

Klik gambar haiwan di bawah untuk mengetahui tentang haiwan tersebut.




Nama saintifik:

Polypectron malacensis

Klasifikasi:
Order : Galliformes
Keluarga : Phasianidae

Huraian:
Merak Pongsu jantan mempunyai bulu pelepah yang lebat, berwarna perang gelap di bahagian jambul hingga ke paruh. Keseluruhan badan berwarna coklat gelap, mukanya berwarna kuning- kemerahan manakala di bahagian belakang ekor berwarna biru hijau. Jambulnya berwarna biru-hijau berkilau. Merak Pongsu betina seperti jantan tetapi warna lebih pudar dan ekor yang lebih pendek, muka berwarna kuning kemerahan, tompok hitam yang samar-samar di sekeliling mata. Ukuran panjang: 40-53 cm.

Kelakuan:
Burung ini merupakan penghuni hutan dalaman dan berkeliaran seekor atau berpasangan tetapi jarang dalam kumpulan kecil. Ia adalah burung pemalu dan jarang kelihatan di habitat lazimnya. Walaupun ia senyap dan sukar ditemui tetapi kadang-kala(pada musim berbuah) ia sangat bising dan aktif, kedua-dua jantina mengeluarkan bunyi yang nyaring terutama sewaktu musim mengawan dari bulan Februari hingga akhir bulan Julai. Bunyi Merak jantan bagaikan ayam berkokok yang bising, seakan-akan suara jeritan kuat dan siulan lantang yang merdu. Di Taman Negara, ia boleh dijumpai di salah satu laluan sepanjang hutan rimba.

Taburan:
Semenanjung Malaysia.

Habitat:
Kawasan tanah rendah hutan hujan tropika, kadang-kadang di kaki bukit sehingga 200 meter.