|
 
Nama Saintifik:
Elephas maximus
Klasifikasi:
Order : Proboscidea
Keluarga : Elephantidae
Huraian:
Sub-spesies yang didapati di Malaysia ialah Elephas maximus hirsutus.
Jangka masa mengandung adalah di antara 20-22 bulan dan jangka hayat
hidupnya adalah dari 60 hingga 80 tahun.
Kelakuan:
Gajah betina dan anaknya hidup dalam kumpulan kecil manakala gajah
jantan lebih suka hidup bersendirian. Gajah biasanya berehat ketika
cuaca panas. Setiap kumpulan mempunyai kawasan mereka tersendiri
untuk mencari makanan. Mereka suka berenang dan mandi di sungai.
Habitat:
Hutan dara dan hutan sekunder.
Sekeluarga dengan:
Gajah Afrika
Makanan:
Daun, rumput dan buah-buahan.
|