

Nama Saintifik:
Pongo pygmaeus
Klasifikasi:
Order : Primates
Keluarga : Pongidae
Huraian:
Orang Utan tidak mempunyai ekor tetapi mempunyai telinga dan hidung
yang kecil. Bulunya panjang, lembut dan berwarna keperangan. Bulu
keningnya tidak begitu mudah dilihat manakala tulang mulut dan dagunya
menonjol keluar. Kepalanya pula berbentuk bujur dan matanya bersaiz
kecil. Ia mempunyai lengan yang panjang dan kuat.
Bagi Orang Utan jantan, purata ukuran panjang kepala
dan badan adalah lebih kurang 96cm (38.4 inci) ketinggian 137cm
(54.8 inci) dan berat 75kg (165 lbs). Purata ketinggian Orang Utan
betina adalah 80 - 85% daripada Orang Utan jantan dan beratnya adalah
50% lebih ringan.
Kelakuan:
Orang Utan hidup dengan memakan buah-buahan, terutamanya buah pokok
ara serta daun-daun, kulit kayu, pucuk dan bunga. Ia sentiasa hidup
di atas pokok dan jarang turun ke tanah. Ia hidup bersendirian di
mana hanya ibu dan anak saja yang mempunyai hubungan yang kekal.
Orang Utan jantan hidup bersendirian dan hanya akan berduaan dengan
Orang Utan betina pada musim mengawan. Pergaduhan jarang berlaku
di antara Orang Utan jantan dan mereka jarang memonopoli kawasan
kawalan. Jangka masa mengandung adalah dari 233-263 hari dan anaknya
akan disusu selama beberapa tahun.
Taburan:
Borneo dan Sumatra
Habitat:
Hutan Tropika
|