Dibuka setiap hari sepanjang tahun termasuk hari Ahad dan cuti am.


8.30 pagi sehingga 6.00 petang


 

Klik gambar haiwan di bawah untuk mengetahui tentang haiwan tersebut.




Nama Saintifik:

Cervus unicolor

Klasifikasi:

Order : Artiodactyla
Keluarga : Cervidae

Huraian:

Terdapat 6 sub-spesis yang berbeza dari segi saiz dan warna. Bulunya parau dan panjang. Hanya rusa jantan mempunyai tanduk yang biasanya ada tiga cabang pada kedua-dua belah dan boleh mencapai panjang 1 meter (3.3 kaki). Panjang dari kepala ke hujung badan adalah dari 1.7-2.7 meter (5.7-9 kaki); beratnya 150-315 kilogram (340-710 paun).

Kelakuan:
Makanan utamanya adalah rumput, daun, dan buah-buahan pokok hutan. Rusa Ubi sukar ditemui walaupun di tempat ia berkeliaran. Ia akan terus melarikan diri apabila terdengar apa-apa bunyi sahaja. Jika diserang oleh harimau, harimau bintang atau anjing liar, ia akan terus terjun ke sungai dan berenang melarikan diri. Ia hidup bersendirian kecuali di musim mengawan. Pada musim mengawan, rusa jantan akan mengumpul sekumpulan rusa betina jagaannya dan mempertahankan kumpulannya dari sebarang lawan (rusa jantan lain). Di tengah dan Selatan India, rusa betina melahirkan anak pada bulan Mei dan awal bulan Jun tetapi pembiakan boleh berlaku pada bulan lain di kawasan India yang lain. Selepas 8 bulan bunting, satu (jarang dua) anak rusa akan dilahirkan dan disusu selama beberapa bulan.

Taburan:
India, Indonesia, Asia Tenggara.

Habitat:
Hutan Tropika Panas dan Hutan Sub-tropika, sehingga altitud setinggi 10,000 kaki.