|
 
Nama Saintifik:
Bos gaurus hubbacki
Klasifikasi:
Order : Artiodactyla
Keluarga : Bovidae
Huraian:
Seladang jantan yang matang boleh membesar dan mencapai ketinggian
6 kaki dan berat sehingga 900 kilogram. Jangka masa bunting/ mengandung
adalah 9 bulan dan biasanya seekor anak dilahirkan. Anaknya mencapai
tempoh matang dalam masa 3 tahun dan ia boleh hidup selama 25 tahun.
Kelakuan:
Ia hidup di dalam kumpulan 4-8 ekor yang boleh mencapai sehingga
30 ekor. Kumpulan ini diketuai oleh jantan yang berkuasa. Mereka
lebih aktif ketika subuh dan senja serta berehat di bawah pokok
sepanjang hari. Makanan utama mereka adalah rumput-rumpai, maka
mereka dapat ditemui di kawasan di mana rumput,
herba, pokok renek dan daun-daun mudah diperolehi.
Sekeluarga dengan:
Lembu, Banteng dan Kambing Gurun.
Habitat:
Hutan Tropika dan Tanah Berhutan
|