Dibuka setiap hari sepanjang tahun termasuk hari Ahad dan cuti am.


8.30 pagi sehingga 6.00 petang


 

Klik gambar haiwan di bawah untuk mengetahui tentang haiwan tersebut.


Tapir

Nama Saintifik:
Tapirus indicus

Klasifikasi:

Order : Perissodactyla
Keluarga : Tapiridae


Huraian:
Anak Badak Tampung mempunyai corak warna yang berbeza dari ibu bapanya di mana anak Badak Tampung berwarna hitam, diikuti dengan tompok putih dan jalur-jalur. Dalam tempoh 3 bulan selepas kelahiran, warnanya akan berubah menjadi warna dewasa. Ia boleh hidup dari 25 hingga 35 tahun.

Kelakuan:
Badak Tampung dewasa kerap bersendirian dan diiringi oleh anak-anak yang masih bergantung kepadanya. Secara keseluruhannya, Badak Tampung adalah binatang yang cergas sebelah malam terutamanya semasa bergerak ke dalam hutan.

Habitat:
Dalam hutan dari kawasan rendah hingga ke puncak bukit.

Pembiakan:
Selepas bunting selama 13-13 ½ bulan, seekor anak dilahirkan.

Sekeluarga dengan:
Tapir Amerika Selatan

Makanan:
Dedaun, rumput, dan buah-buahan