|
Pada 1hb Mac 2003 ini, Zoo Taiping akan memulakan tarikan terbarunya
iaitu Night Safari Taiping. Bermula pada tarikh ini, Zoo Taiping
akan dibuka siang dan malam dimana pada waktu siang ia akan dibuka
dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang dan di sebelah malam Night
Safari Taiping akan dibuka bemula jam 8.00 petang hingga 11.00
malam pada hari biasa dan dari 8.00 malam
hingga 12.00 tengah malam pada hari Sabtu..
Night Safari Taiping merupakan satu tarikan terbaru
bandar Taiping. Zoo Taiping akan menjadi Zoo yang pertama beroperasi
di sebelah malam apabila Night Safari Taiping dibuka.
Night Safari Taiping akan dibuka dengan harga-harga
tiket seperti yang berikut.
| Dewasa |
RM 10.00 |
| Kanak -kanak |
RM 6.00 |
Bagi tempoh sebulan dari
tarikh dibuka, diskaun sebanyak 50% diberikan kepada para pengunjung.
Marilah bersama-sama mendekatkan diri kita dengan
menghayati keindahan alam semulajadi. Kunjungilah beramai-ramai
Night Safari Taiping!
|