|
 
Nama Saintifik:
Tomistoma schlegelii
Klasifikasi:
Order : Crocodilia
Keluarga : Crocodylidae
Huraian:
Spesis ini menyerupai Buaya Gharial (Gavialis gangeticus),
tetapi kepalanya berbentuk tirus ke arah muncungnya yang sempit
dan tidak mempunyai muncung hujung yang bulat seperti Buaya Gharial
jantan. Berwarna coklat gelap dengan jalur hitam yang kabur di bahagian
belakang badannya. Matanya yang berwarna kuning coklat perang merupakan
keunikan di kalangan buaya ini.
Status:
Spesis ini merupakan spesis yang amat terancam. Buaya Jejulung mungkin
telah pupus di selatan Negara Thai dan telah hampir pupus di Malaysia.
Ancaman yang paling ketara adalah pemburuan haram dan kemusnahan
habitatnya.
Taburan:
Asia Tenggara
Habitat:
Paya air tawar, sungai dan tasik.
Pembiakan:
20-60 biji telur.
Sekeluarga dengan:
Buaya Gharial
|